
May 8, 2010 | Posted by admin
Sejak akhir-akhir ni sering saja kita dengar mendengar tentang cerita di sebalik facebook ini.kadang-kadang malas nak ikutinya,bukan nya sebab tak berminat tapi sebabkan sedih dengan nya.Sudah menjadi trend pada masyarakat hari ini untuk mempunyai facebook,yang tak tau apa-apa pun hendak juga.
artikel ini saya dapati dari ruangan ustaz zaharudin yang menjelaskan tentang gejala facebook dan dosa-dosa nya.Sila ambil iktibar
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin – padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama’ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Categories: islam |
Tags: |
1 Comment »

April 23, 2010 | Posted by admin
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2 cubalaa….. ……… ……… ……… .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah…
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…
Sama2lah kita mengamalkannya. ……
WallahuA’lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.
diambik dari Kini2u.com
Categories: tip kesihatan |
Tags: |
No Comments »

April 21, 2010 | Posted by admin
Khasiat Kopi Radix:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).
Categories: Kopi Radix |
Tags: |
No Comments »

April 21, 2010 | Posted by admin
Dari blog GM Alwahida Marketing:
Salam semua sekali.
Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sindiket “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Taktik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;
i) Berpura-pura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akiviti haram ini. Malangnya ada yang sanggup menggadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.
Justeru itu pihak HPA dengan rasminya mengisytiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU.
Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakkan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.
Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.
Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.
Categories: Kopi Radix |
Tags: |
No Comments »

April 21, 2010 | Posted by admin
Sekarang ni dah keluar kopi radix ciplak lagi,dulu ada juga kejadian yang serupa tapi sudah diambil tindakan..Tak habis-habis mereka nak sabotaj produk muslim yang popular ini.

Perbandingan Kopi Radix Asli dan Palsu (klon)
1. Bungkusan: Bungkusan kopi radix klon lebih besar
2. Logo HPA: Berbeza pada huruf P. Kopi radix klon terdapat titik hijau pada warna putih di tengah huruf P
3. Pada logo Halal : Tulisan rumi HALAL pada kopi radix klon tidak jelas ejaannya dan tidak boleh dibaca.
4. Sudu: Warna sudu kopi radix klon kabur dan tak bersilau.
5. Air kopi : warna air kopi klon keperangan dan buihnya tidak jelas.
6. Angka 23g: Kopi radix klon mempunyai border merah pada angka 23g.
7. Tulisan MS 1500:2004 dan 23g dicetak agak ke bawah hingga terkena di bahagian pengunci bungkusan.
8. Bijirin 3 biji kopi di atas cawan pada kopi klon tiada bayang hitam.
9. Tulisan RADIXRADIXRADIX yang keluar dari cawan tiada pada kopi klon.
10. Rasanya : Pahit terasa. Sudah pasti kopi klon berbahaya dan tiada jaminan ada 7 herba.
Penyelesaian:
1. Belilah Kopi Radix yang asli hanya dari cawangan dan stokis HPA yang sah sahaja.
2. Kepada penggemar kopi Radix yang sering minum di kedai, kami memohon supaya anda sahkan dari taukeh kedai adakah kopi Radix yang dijual adalah yang asli atau palsu. Sahkan siapa yang menghantar bekalan kopi Radix kepada mereka.
3. Kepada taukeh kedai, sahkan dari mana pembekal anda ini mendapatkan bekalan? Anda boleh minta mereka tunjukkan bukti/ resit pembelian mereka di cawangan @ stokis HPA. Jangan bersubahat dengan mereka yang ingin menjatuhkan perniagaan Muslim.
Hanya Kopi Radix yang asli mengandungi 7 herba terpilih dan SAH HALAL.
Janganlah untuk keuntungan yang lebih sedikit anda mengkhianati sesama Muslim.
Sumber: StokisHpaTitiSerong.blogspot.com & Hpa.com.my
Categories: Kopi Radix |
Tags: |
No Comments »

April 14, 2010 | Posted by admin
cara mudah naik pangkat(bukan beli pangkat)
Salam ukhwah,
Kita semua sudah maklum tentang program keusahawanan yang HPA adakan untuk semua ahli iaitu PBC. Baru-baru ini syarikat memutuskan untuk mewujudkan satu program baru yang dinamakan PENGGUNA SETIA CEMERLANG (PSC).
Program naik pangkat cara cepat (kurang cepat berbanding PBC) ini diadakan untuk memberi peluang kepada ahli yang tidak punya banyak masa dan modal tetapi berminat untuk tambah pendapatan dengan hanya jadi pengguna setia produk HPA sebanyak 100NM setiap bulan. Info lanjut tentang PSC telah saya muatkan dibawah ini. Anda boleh baca pelan-pelan dan berulangkali agar dapat memahami konsep PSC ini. Senanglah nanti bila nak cerita dengan prospek.
Bagi saya, apa jua tawaran dan peluang yang diberikan oleh syarikat harus kita ambil dan manfaatkan walaupun kita kata kita berniaga HPA secara online. Bisnes Internet cara online pun orang adakan kursus offline, apatah lagi bisnes HPA yang bukannya 100% online.
Kebanyakan ahli dari group kita memang banyak yang belum naik pangkat. Jadi, inilah masanya untuk anda mulakan langkah pertama anda. Dengan sertai program2 HPA sebegini, anda akan mendapat gambaran sebenar bisnes HPA dan apa yang HPA perjuangkan. Paling penting anda akan tahu bagaimana nak bermula.
PENDAHULUAN
Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan ke arah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.
MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.
SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat. (PB: Pengedar Bertauliah – ahli biasa)
JANGKAMASA PROGRAM
1 Hari (9 pagi – 5 petang)
INSENTIF PROGRAM
Dinobat Sebagai Pengurus Melati (PLX) Setelah Maintain 100 NM Selama 6 Bulan Berturut-Turut
TEMPAT PROGRAM
Hotel atau yang setaraf dengannya
MODUL
1. Pengenalan syarikat
2. Marketing plan – bagaimana menjana pendapatan selesa melalui program PSC
3. Produk knowledge
Bayaran: RM 10 – RM 30 termasuk bahan dan makan
Bilangan Peserta: 200 hingga 500 orang
SYARAT PENYERTAAN
a. Telah membuat pembelian 100 NM sebulan dalam mana2 bulan dalam tempoh 3 bulan sebelum kursus. Peserta dikehendaki membuktikan dengan menyertakan invois pembelian semasa pendaftaran bersama dengan kad pengenalan. Peserta yang mengikuti program PSC pada bulan pembelian syarat dibuat atau bulan berikutnya hanya perlu meneruskan maintain 100 NM selama LIMA BULAN BERTERUSAN untuk melayakkan mendapat kenaikan pangkat PLX
b. Hanya peserta yang hadir layak menerima kenaikan pangkat. Tidak dibenarkan pengganti untuk hadir kursus.
c. Peserta perlu hadir sepenuh masa dalam kursus
SYARAT PENGANJURAN
Dianjurkan oleh kelab dan pada peringkat permulaan cukup satu atau dua program untuk satu kelab. Target 500-1000 peserta sebulan
KENAPA PROGRAM PSC RASIONAL
1. PSC tidak akan menyebabkan program PBC tergendala malahan akan menjadikannya lebih rancak kerana mereka yang menyertai PSC apabila menyertai PBC pada bulan berikutnya, hanya perlu membuat penambahan 200 NM. Disamping itu mereka juga akan menjadi peserta PBC yang lebih berkualiti kerana telah faham akan matlamat dan kelebihan PBC.
2. Program PBC telah pun berjalan sejak tahun 2005. Setelah 5 tahun, rasanya sudah sampai waktu dan ketika para pemimpin dan pengedar didedahkan dengan program baru yang boleh membangkitkan semangat mereka.
3. PSC akan memastikan peserta meneruskan pembelian sekurang2nya 6 bulan dimana ada kalanya peserta PBC hanya mampu untuk maintain dalam masa 2 bulan pertama selepas PBC
4. Terdapat dikalangan pengedar yang hanya sanggup memberi masa 1 hari bagi mengikuti program. Ini adalah lebih mudah bagi orang yang kurang semangat dan keyakinan.
BERITA BERKAITAN:
Program PSC Pertama Di Sg Petani, Kedah
Pendaftaran untuk Kursus Pengguna Setia Cemerlang (PSC) dibuka mulai sekarang dan tarikh tutupnya pada 24 APRIL 2010 (Sabtu). Mereka yang berminat hadir boleh daftarkan nama melalui PENGERUSI KOMUNITI masing-masing.
Tarikh PSC : 01 MEI 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Legenda Height.
Yuran : RM20 (Minum pagi, Mkn Thari dan Petang serta Bahan)
SYARAT-SYARAT PSC
1. Mesti membuat belian 100NM dalam mana-mana 3 bulan (FEB,MAC atau APRIL).
2. Bukti INVOIS 100 NM perlu dibawa semasa pendaftaran.
3. Peserta berpangkat PB sahaja diterima.
4. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
5. Umur 18 tahun ke atas.
6. Hanya 200 peserta pertama mendaftar akan diterima.
Semua PENGERUSI KOMUNITI hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pada atau sebelum 24 APRIL 2010 kepada Setiausaha Tribunal (PJS Ismail – 019-4752205).
Penceramah:
1. PJS Sharifah Sulaiman
2. PJS Azizan Ahmad.
3. PJS Mohd Nadzri Ahmad
4. PJS Mohd Aseri Hanapiah
5. PJS Jamaliah Omar
6. PJS Zaharah Mat Zain
Categories: panduan herba |
Tags: |
No Comments »

March 15, 2010 | Posted by admin
Mungkin ada sesetangah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini samaada dalam diri,kepada teman dan keluarga. Usah risau, berjumpalah dengan herbalis anda, pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Bagi anda yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapatkan cadangan, rundingan, kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya.
Seorang herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya,setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.
SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN MASALAH “MIND SET”
Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.
TEKANAN ATAU STRESS
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.
PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.
Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.
PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN
Seperti yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.
PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.
DOS YANG TIDAK MENCUKUPI
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak
akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).
MEROKOK
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).
Sumber: Herbalis-Jawi.blogspot.com
Categories: panduan herba |
Tags: |
No Comments »

February 21, 2010 | Posted by admin
Pernah kita ni berfikir tentang bahaya merokok?saya fikir ramai teman-teman di luar sana ada yang berfikir tentang nya,ada jugak yang terfikir tapi cuma fikir aja dan ada jugak yang buat endah tak endah aja.Jadi dlm ruangan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana untuk berhenti merokok,jangan risau sebab cara saya ini tak memerlukan pengeluaran modal apa2 pun.
Dulu waktu zaman saya masih dlm ketagihan rokok ni,harga sekotak rokok yang berjenama terkenal dalam lingkungan RM4.50 lagi,waktu tu dah kira mahal dah.disebabkan pengaruh rakan2 dan ada nya kecanduan dlm diri saya gagahkan jugak untuk mencari biaya(untuk beli rokok la tu).Kadang2 bila kita ni hisap rokok kita tak sedar tentang bahaya dan kesan yang akan kita hadapi pada diri kita secara luaran contoh nya pada:
1) Muka
2) Gigi
3) Bibir
4) Jari
5) Badan
Ini saya tumpukan pada perokok tegar yang macam saya dan teman2 di luar sana.kalau kita perhatikan memang ada perubahan(warna dan bau).
Jadi sekarang saya ingin berkongsi pengalaman dengan teman2 bagaiman saya berhenti merokok.Ada orang kata nak berhenti merokok ni susah sangat,yer memang saya akui memang susah,apa yang susah nya:
1) ketagih
2) rakan-rakan
3) psikologi
Ini la 3 perkara yang selalu memberi ancaman untuk berhenti merokok.
1)Ketagih:kalau kita ni dah ketagih memang susah nak berhenti macam dah sebati dalam diri,macam orang pekena teh tarik la,walau wife dah buat sedap2 kat umah masih nak cari kedai mamak gak(apa citer tu).apa kelas kedai mamak tu.
2)Rakan-rakan:yang ini pun satu,rakan2 ni macam tau je kita ni xde duit buat beli rokok jadi diaorg ni mengoffer kat kita sebatang dua buat pekena kalau tak amik tak sedap lak hati,yer la nak jaga hati kwn2.sebab nak jaga hati kawan2 la ikut terjebak sama.tapi dugaan paling best waktu nak berhenti merokok la,waktu tu baru yang mana kawan.
3)Psikologi:Bab ni susah sikit nak citer la sebab dia pakai minda yang dah diset kan berkenaan rokok ni.takpe nanti kita citer la sikit2 yer.
Saya nak berhenti merokok ni mungkin pada pandangan teman2 agak drastik sikit tapi saya fikir itu saja cara yang terbaik bagi saya.Ada orang kata kalau nak berhenti kita mulakan dengan kurangkan bilangan rokok itu(bole ke?)saya dah cuba tapi hasil nya bukan kurang tapi lepas tu macam orang kemaruk abis bertambah lagi bilangan rokok tu,kalau dulu sehari sekotak(20 batang) pastu dah jadi sehari 2-3 kotak sehari(payah).cara ni pun tak berhasil tapi tak tau la kalau diluar sana ada teman2 yang boleh dengan cara ini.
Disebabkan kepayahan tu saya bertekad hendak berhenti terus merokok,cara nya BERHENTI TERUS mungkin ada yang kata senang nya.YA itu saja cara nya,dah takde cara lain lagi yang mahal2 dan merapu tu.ada dua persoalan nya HENDAK dan TAK HENDAK itu saja.modal nya cuma gula-gula hacks saja,kalau ini pun tak mampu tak dapeq den nak tolong lagi.
Bagaimana cara nya?ok,macam saya katakan tadi tinggalkan terus,mula2 tu memang perit la macam2 siksa ada,Kita kena kuat kan semangat dan mental kitadisini la cubaan yang paling kuat.kita kena sentiasa tanam kan pada diri kita yang kita ni nak berhenti merokok,jangan fikir lain lagi.waktu permulaan tu cuba kemamkan hacks tu sambil hisap rokok biar kita dah takde rasa candu rokok tu.pastu amalkan kemam hacks tu dimana2 pun,baik ngan kawan,tengok tv,lepas makan dan apa2 acara pun.ikut kesesuaian kita ,jangan dipaksa sebab kemam hacks ni banyak2 pun tak baik gak jadi citer lain lak nanti tapi jangan risau sangat perkara utama ada lah untuk berhenti merokok kan.so,amacam bole?saya tak pernah cuba dengan terapi2 yang macam-macam di pasaran sekarang,dengan ebook nyer(baca bole la,berjaya lom tau lagi).
Jadi penyelesaian nya disini ada lah KUATKAN SEMANGAT AKU NAK BERHENTIini je la modalnya dan hacks.cuba kita ingat sekali sedut asap itu 5 minit nyawa kita berkurang,saya tak cakap bila berhenti merokok bila2 pun kita akan hidup lama panjang,tapi ALLAH benci pada umat nya yang suka pada kemusnahan,dan dah ada fatwa yang mengatakan bahawa rokok ini haram.Kalau kita dah berjaya membuang tabiat buruk kita ni,insyaallah akan ada perubahan yang positif pada kita.lebih2 lagi orang sekeliling akan memerhatikan perubahan pd kita,tak bangga ke kalau ada kawan atau kenalan yang baru menghulur rokok pada kita,kita pun mengatakan tidak dan jawapan yang diterima “bagus nya u tak hisap rokok,susah nak cari orang lelaki sekarang yang tak hisap rokok”.tinggalkan gaya anda dengan merokok tu,cipta gaya tanpa merokok ini baru hebat.
Baik la ini saja yang dapat saya kongsikan pengalaman saya ni,mungkin tak berapa hebat pun,tapi hasil nya 100% hebat.
Categories: tip kesihatan |
Tags: |
1 Comment »

December 2, 2009 | Posted by admin
Saya perhatikan ramai pembaca yang berkunjung ke laporan “mencegah sakit kepala” saya ni,ya saya akui walaupun nampak laporan ni macam terlalu asas saja tapi yang asas ni lah yang akan memberi kesan kalau tidak diendahkan,mungkin diantara kita ni dah terlalu berat kepala memikirkan bagaimana nak atasi sakit kepala ni.saya pun tak nak kecewakan pengunjung blog saya ni jadi saya teruskan dengan laporan ini.harap-harap jangan la pening lagi fikirkan macam mana nak atasi sakit kepala ni.saya mendapat laporan ni pun atas maklumat yang saya perolehi dari pembacaan,internet dan bahan-bahan rujukan makna nya bukan dari sumber-sumber yang tak sahih so jangan la merasa lemah pulak nak mencuba nya yer.
Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak. Ramai yang membaca didalam kenderaan yang bergerak untuk menghilangkan rasa bosan akibat perjalanan yang panjang. Keadaan jalan yang bengkang – bengkok serta berbonggol boleh menyebabkan sakit kepala malah menyebabkan mabuk darat. Walau selurus manapun jalan tersebut dan betapa hebatnya absorber kereta anda, ianya akan menjurus kepada sakit kepala kerana ketika ini mata anda akan memfokus secara tidak stabil (sekejap dekat, sekejap jauh) ketika membaca.amalan membaca tu bagus tapi perhatikan tempatnya inilah salah satu punca sakit kepala.
Cahaya yang terhasil dari TV atau komputer (PC) adalah tidak mencukupi. Ada sesetengah orang suka membaca di bawah pancaran cahaya dari TV atau PC yang terpasang. Anda dinasihatkan untuk menggunakan lampu meja sebagai tambahan cahaya jika ada kecenderungan untuk berbuat demikian dan jangan lupa gunakan penapis cahaya (screen filter) untuk skrin komputer anda. Penapis ini akan mengurangkan radiasi yang terhasil dari skrin komputer anda. Radiasi ini akan menjejaskan mata anda, dan dengan adanya penapis ini akan mengurangkan kesan ke atas mata anda,ini lah satu punca saya tidak bersetuju dengan saranan kerajaan untuk menggalakkan anak-anak kita di waktu umur masih muda menggunakan komputer(fikirkan lah!bukan nya anti kerajaan tapi untuk masa depan anak kita) Jika kerja anda memerlukan anda menghadap komputer untuk tempoh yang panjang, maka anda harus mempertimbangkan untuk mendapat “lampu khas” yang boleh diklip di monitor anda. Lampu ini akan mengurangkan ketegangan mata anda akibat menatap skrin untuk tempoh yang lama,macam yang anda sedang lakukan sekarang ni la.
Dan jikalau anda perlu melakukan kerja – kerja yang memerlukan tumpuan, seperti menjahit atau menganyam, anda seharusnya merehatkan mata anda setiap 5 minit.
Baik lah!insyaallah akan saya cuba usahakan lagi dengan laporan yang seterus nya.
Oh ya sebelom terlupa kalau maklumat yang diberi disini kurang mencapai kehendak pembaca,di sebelah kanan blog ini ada saya sertakan “link” rakan-rakan yang sama-sama berikhtiar untuk kepuasan pengguna.moga apa yang kita usahakan biar memberi manfaat pada kita semua.,moga jumpa lagi.
Categories: panduan herba |
Tags: |
No Comments »

November 30, 2009 | Posted by admin
Sting MP3 from Free MP3 Downloads
Dah masuk hujung-hujung tahun ni ramai pulak teman-teman yang melagsungkan perkahwinan.minggu lepas je ada 2 hari berturut-turut admin hadirkan diri bukan apa pun orang kampung juga,kawan admin nikah ngan anak kawan admin juga(camner tu?) dah dinamakan jodoh kan,tak pelik la.yang pelik tak kawin-kawin ni mungkin lom jodoh kot(yer ke?)atau memilih sangat.
Admin tak nak cerita panjang bab-bab kawin ni,cuma nak usulkan kalau ada teman-teman kita nak melangsungkan perkahwinan tu cuba kita hadiahkan dengan barang-barang herba ni yer la nak tunjukkan kita ni prihatin dengan kesihatan bakal pengantin kan ini asyik seterika, set cawan,pinggan(ada ke?)gambar, lupa satu lagi toaster roti.kadang-kadang bila waktu upacara membuka hadiah tu hadiah dia sama je kalau set pinggan dan cawan jangan cerita la dah jadi majoriti di meja macam nak galakkan main baling-baling lak.cuba ubah kita ni prihatin dengan kesihatan pengantin baru la ada seri nya,ini cuma pendapat admin aja pihak pengantin pun tak bole memilih apa yang dia org nak kan.kalau dia org demand yang macam-macam.
Alhamdulillah,sedang admin menaip ni datang lak adik posmen kita menghulurkan penyata bonus dari pihak HPA.syukur walaupun tak banyak tapi terasa apa yang kita lakukan selama ni berbaloi.ok la admin pun nak tutup cerita orang kahwin dengan ucapan
” SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL KE ANAK CUCU” amin
dan pada bakal-bakal pengantin kita yang berada di pantai timur tu,banyak-banyak la bersabar yer.
Categories: panduan herba |
Tags: |
2 Comments »
Komen Pengunjung